AHLAN WASAHLAN

SELAMAT DATANG KE SURAU AT-TAQWA

Monday, July 26, 2010

Sumbangan Derma Pembangunan Surau At Taqwa

Assalamualaikum kepada semua Komuniti Islam Taman Bestari Indah dan juga kepada semua rakyat Malaysia. Alhamdullilah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana lot surau di Taman Bestari Indah 1/1 telah mendapat kebenaran dan kelulusan untuk dibina oleh Majlis Agama Islam Daerah Johor Bahru surat yang bertarikh 28 Jun 2010. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Pembangunan Surau At Taqwa dengan rasa rendah hati memohon seberapa sumbangan ikhlas dari tuan / puan bagi membina dan membangunkan surau tersebut. Kos yang dijangka bagi pembinaan surau adalah dalam lingkungan RM100,000 hingga RM200,000. Untuk itu, sumbangan boleh disalurkan ke akaun May Bank bernombor 551333524236 atas nama Tabung Pembangunan Surau At-Taqwa. Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada Us Yuzzeman bin Abdul Samad di talian ( 0177577246 ) dan Hanib bin Adam ( 0127560513 ).

Thursday, July 15, 2010

Berita Gembira

Pejabat Agama Islam Daerah Johor Bahru, telah menyatakan tiada halangan untuk Komuniti Islam Taman Bestari Indah 1/1, membina surau di tapak Lot 153878. Surat yang bertarikh 28 Jun 2010, telah diterima oleh Pengerusi Surau At Taqwa iaitu Ustaz Yuzman.

Sekian untuk makluman komuniti.