AHLAN WASAHLAN

SELAMAT DATANG KE SURAU AT-TAQWA

Thursday, June 2, 2011

PROGRAM MAULIDUR RASUL

06 Mac 2011, bertempat di Padang Taman Bestari Indah 1, sambutan MaulidurRasul 1432 telah diadakan dengan penuh kemeriahan bersama dengan Penceramah Undangan iaitu Ustaz Abdul Rahim bin Sahalan. program ini telah dianjurkan oleh Pembangunan Surau At-Taqwa bersama dengan Komuniti Islam Taman Bestari Indah 1. Dikesempatan ini, pihak urusetia merakamkan jutaan terimakasih kepada penduduk yang bersama-sama memberi sumbangan dalam bentuk wang ringgit, tenaga dan masa. Tanpa kalian semua program ini tidak akan berlangsung dengan baik. Semoga berjumpa pada tahun-tahun yang mendatang.

Saturday, November 27, 2010

Dalam Kenangan

25 November 2010, jam 10.00 malam, Komuniti Islam Taman Bestari Indah 1/1 telah kehilangan seorang sahabat yang tanpa diduga telah meninggalkan kita semua buat selama-lamanya. Allahyarham Che Zainuddin bin Che Hassan telah kembali ke Rahmatullah dengan meninggalkan seorang balu, 3 putera dan seorang puteri. Kehilangan beliau sangat-sangat dirasai oleh komuniti kerana keramahan dan kerjasama beliau dalam menghadiri apa jua program komuniti. Selain dari itu, beliau juga adalah seorang yang tidak lokek dalam menyumbang apa jua dalam bentuk wang tunai atau barang-barang. Sesungguhnya Allah S.W.T. lebih mengetahui apa yang berlaku. Didoakan semoga roh allahyarham bersama-sama dengan orang yang beriman dan beramal soleh. Kepada keluarga didoakan semoga tabah menghadapi dugaan dan ujian dari Allah S.W.T. Akhir kata penulis mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada Komuniti Islam Taman Bestari Indah 1/1 dan Komuniti Islam Taman Bestari Indah 2/1 yang bersama-sama dalam menyempurnakan jenazah dan menghadiri majlis yaasin, tahlil dan doa selamat. Semoga kita bersama-sama mendapat keRahmatan dan Lindungan dari Allah S.W.T. selama-lamanya. Al -Fatihah

Friday, September 24, 2010

Marhaban 2010




Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua penganut agama islam terutama komuniti islam Taman Bestari Indah 1. Alhamdulillah, program marhaban telah dapat dijalankan dengan sempurna. Ramai yang hadir walaupun program ini dijalankan pada hari dimana ramai yang bekerja. JK Pembangunan Surau At-Taqwa mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan dan kerjasama yang diberikan. Terima kasih juga kepada JK Khairat Kematian dan Kebajikan Islam yang sudi mengelolakan program marhaban pada tahun ini.

Monday, July 26, 2010

Sumbangan Derma Pembangunan Surau At Taqwa

Assalamualaikum kepada semua Komuniti Islam Taman Bestari Indah dan juga kepada semua rakyat Malaysia. Alhamdullilah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana lot surau di Taman Bestari Indah 1/1 telah mendapat kebenaran dan kelulusan untuk dibina oleh Majlis Agama Islam Daerah Johor Bahru surat yang bertarikh 28 Jun 2010. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Pembangunan Surau At Taqwa dengan rasa rendah hati memohon seberapa sumbangan ikhlas dari tuan / puan bagi membina dan membangunkan surau tersebut. Kos yang dijangka bagi pembinaan surau adalah dalam lingkungan RM100,000 hingga RM200,000. Untuk itu, sumbangan boleh disalurkan ke akaun May Bank bernombor 551333524236 atas nama Tabung Pembangunan Surau At-Taqwa. Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada Us Yuzzeman bin Abdul Samad di talian ( 0177577246 ) dan Hanib bin Adam ( 0127560513 ).

Thursday, July 15, 2010

Berita Gembira

Pejabat Agama Islam Daerah Johor Bahru, telah menyatakan tiada halangan untuk Komuniti Islam Taman Bestari Indah 1/1, membina surau di tapak Lot 153878. Surat yang bertarikh 28 Jun 2010, telah diterima oleh Pengerusi Surau At Taqwa iaitu Ustaz Yuzman.

Sekian untuk makluman komuniti.

Tuesday, June 22, 2010

Bagaimana Dapat Kami Meniti Jalan Yang Lurus

Ada pada al-Quran
Firman Allah, maksudnya: Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus," ( surah al-Zukhruf 43:43 )