AHLAN WASAHLAN

SELAMAT DATANG KE SURAU AT-TAQWA

Saturday, November 27, 2010

Dalam Kenangan

25 November 2010, jam 10.00 malam, Komuniti Islam Taman Bestari Indah 1/1 telah kehilangan seorang sahabat yang tanpa diduga telah meninggalkan kita semua buat selama-lamanya. Allahyarham Che Zainuddin bin Che Hassan telah kembali ke Rahmatullah dengan meninggalkan seorang balu, 3 putera dan seorang puteri. Kehilangan beliau sangat-sangat dirasai oleh komuniti kerana keramahan dan kerjasama beliau dalam menghadiri apa jua program komuniti. Selain dari itu, beliau juga adalah seorang yang tidak lokek dalam menyumbang apa jua dalam bentuk wang tunai atau barang-barang. Sesungguhnya Allah S.W.T. lebih mengetahui apa yang berlaku. Didoakan semoga roh allahyarham bersama-sama dengan orang yang beriman dan beramal soleh. Kepada keluarga didoakan semoga tabah menghadapi dugaan dan ujian dari Allah S.W.T. Akhir kata penulis mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada Komuniti Islam Taman Bestari Indah 1/1 dan Komuniti Islam Taman Bestari Indah 2/1 yang bersama-sama dalam menyempurnakan jenazah dan menghadiri majlis yaasin, tahlil dan doa selamat. Semoga kita bersama-sama mendapat keRahmatan dan Lindungan dari Allah S.W.T. selama-lamanya. Al -Fatihah

No comments:

Post a Comment